Jalan Ini

Isnin, 23 Januari 2012






Terkadang hati kerdil ini menjerit,meronta menagih jawapan..
Permulaan perjalanan yang penuh persoalan..
Mencari sebisan ilmu ukhrahwi sebagai pedoman..
Bukan desakan diri sebagai modal perjuangan..

Cukup baik kah diri ini menyalurkan kemanisan ini kepadamu??
Kuatkah iman ini merentas ujian dan cubaan yang kekadang hilang ampuh??
Tribulasi tanpa henti,lelah dan letih bukan kepalang..
Pesismistik tanpa pudar,fitnah dan cemuh bukan calang..

Namun,ku pilih jalan ini..
Bukan untuk bermegah dan mentabik dada bersama para mujahid..
Tetapi pelaburan saham akhirat di dunia ini..
Sebagai bekal ke penghujung yang semakin dekat..

Namun,ku pilih jalan ini..
Kerana kemanisan ini untuk kau rasai bersama..
Seruan buatmu untuk kau sedar usiamu semakin menghampiri..
Walau hatimu bukan sehalus sutera..
Namun ku yakin hatimu Dia yang miliki..
Cuma kau tak sedar keberadaan-Nya..
Jalan dakwah ini ibarat mentari..
Meski cahaya tak menyelebungi semesta..
Pasti sebutir hati kan tersentuhi..

Buat diri ni..
Agar istiqamah di jalan ini..
Walau tiada hamparan permaidani merah untuk dilalui..
Tiada tepukan penghargaan yang mengiringi..
Tiada laluan berhias jubin seramik..
Tiada langit berhias pelangi selain terik..
Azam dan tekad terus dirayu..
Agar haruman Islam ini terus dihidu..
Bukan sekadar dilihat..
Sehingga terbitnya akhirat..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Coretan

Tetamu Q

Sesama Hamba