Moga Ramadhan yang Terbaik

Isnin, 29 Ogos 2011


 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
           

            “Zainudin”. Satu panggilan yang menyentap lamunan diri.
            Arsyad melambai tangannya ke arah Zainudin sambil berlari anak menuju ke bawah pohon rendang tempat Zainudin duduk berteduh.
            “Amboi, mengelamun nampak sahabat ana seorang ni? Aper cer?”. Arysad mengaut leher Zainudin dengan sikunya. “Dok pandang apa tu? Sawah terbentang kee masjid kampung kita yang tersergam indah tu?”
            “Kedua-dua sekali kot.” Gaya malas. Tunduk.
            “Kenapa ni sahabat? Enta ada masalah kah? Cer cite cer cite!”
            “Bukan lah masalah negara mahupun isu hal ehwal sejagat dunia. Cuma masalah peribadi je.” Sambil memusingkan badan dan duduk memeluk lutut.
            “Amboi, gaungnya ayat!” Peace~
            “Ana bukan apa Arysad,Cuma terlintas di benak minda ni adakah Ramadhan yang ana lalui sekarang ini dan tatkala ini adalah yang terbaik buat diri ini? Ana cuma risau segala amal yang ana lakukan tidak mendapat redha Allah.”
            “Astagfirullah al’azim Zai. Sahabat, itu semua ketetapan Allah. Soal Dia redha dengan segala amal kita diluar pengetahuan kita. Hanya Dia yang Maha Mengetahu segala hal. Cumanya kita pohon agar amal kita pada Ramadhan kali ini mendapat keredhaan Allah. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita dan kita berazam Ramadhan seterusnya kita akan buat lebih baik dari Ramdhdan kali ini jika Allah izinkan kita sampai lagi padanya. Insya-Allah.
            Hanya senyuman yang terukir di bibir Zainudin.
            “Mari, hari ana belanja iftar. Sepesel punya mai dari ladang.”
            “Kat mana?”
            “Macam biasalah. Kat masjid kesayangan kita tu haa.” Mulut dimuncung seakan menjadi telunjuk.
            “Ceh, itu bukan belanja. Itu mengada-ngada!”
            “Kira ok lah kan?” Kening diangkat-angkat.
            “Jom.”

*******

Jika dilihat suasana ketika ini di mana di pusat-pusat membeli-belah sudah ramai orang yang sudah mempersiapkan diri untuk menyambut lebaran aidilfitri. Pelbagai ragam yang dapat dilihat kerana suasana seperti ini seakan sudah menjadi budaya dan amalan saban tahun. Terpancar segala kemeriahan dari ibu bapa dengan ragam persiapan rayanya, anak-anak dengan mercunnya,anak remaja dengan chatting-nya dan pelbagai ragam lagi. Tidak kurang juga dengan lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio dan televisyen. Tidak kira di desa mahupun di kota pasti terasa kemeriahannya dan bahang ragamnya.
            Namun jika diperhalusi mata yang memandang, Syawal yang bakal menjelma pasti Ramadhan akan meninggalkan kita pula tatkala Syawal berkunjung tiba. Ya, Ramadhan akan meninggalkan kita lagi selama 11 bulan jika kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bersua lagi dengan Ramadhan. Tak sedar rasanya Ramadhan berlalu begitu cepat dalam perlbagai manfaat dan anugerah yang terdapat dalamnya. Dengan pahala yang dilipatkali-gandakan, dikurniakan pula malam Lailatul Qadar, hari memperingati turunnya mukjizat teragung yakni Al-Quran serta banyak lagi kenikmatan Ramadhan. Pejam celik pejam celik, seakan tak terasa bukan masa sebulan berlalu begitu sahaja.
            Mari kita sirami sedikit tarbiah rohani dalam hati ini. Bertanya pada hati adakah jasad dan hati kita ini mampu mengucup sekali keberkatan Ramadhan akan datang? Belum pasti lagi rasanyanya kita dapat menjejakinya, mengunjunginya, menyinggahinya, dan  berlabuh dalam bulan Ramadhan. Cuma kita berdoa sahaja agar Allah memberi kita sekali lagi peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Agar diri kita dapat memukat segala isinya, mencungkil segala hadiahnya, mengaut segala nikmatnya, mencapai segala rahmatnya. Ya Ramadhan... Moga Ramadhan kali ini sekali lagi menjadi medan tarbiah untuk 11 bulan mendatang agar istiqamah amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan.
            Namun, apakah tujuan sebenar kita melalui,melimpasi dan melewati Ramadhan? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja? Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa cuma? Adakah begitu ataupun apakah? Semuanya bergantung kepada niat kita dan cara kita mempraktikkan Ramadhan itu sendiri. Jika kita ingin mendapat keredhaan dan keampunan Allah melalui Ramadhan. Insya-Allah kita akan menggapainya. Jika kita hanya berpuasa kerana keluarga kita berpuasa,sanak saudara kita berpusa, suami atau isteri kita berpuasa. Maka kita akan dapat apa yang kita hajatkan. Puasa bukan adat tetapi puasa adalah ibadat. Ibadat yang dianjurkan dalam Islam. Bertepatan sekali dalam rukun Islam yang ketiga.
            Apa sebenarnya tujuan kita berpuasa pada bulan Ramadhan? Cuba jengah sebentar firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183. “Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa”
            Ya,puasa sebenar adalah pusat tarbiah kita untuk kita menjadi insan yang bertaqwa. Mukmin yang berjaya. Ini kerana puasa dapat mendidik kita menjadi seorang yang istiqamah dalam beramal,menahan diri,ikhlas semata kerana Allah. Taqwa sebenarnya adalah aset yang boleh digunakan oleh setiap insan untuk menjamin kelangsungan seorang hamba kepada Penciptanya yakni Allah SWT. Kita dapat analogikan duri yang terhampar di hadapan kita umpama larangan Allah terhadap kita. Sudah semestinya jika terdapat duri di hadapan kita akan berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak terpijak duri-duri  tersebut. “berhati” dan “berjaga” itu lah taqwa dimana kita tidak mahu menyentuh dan menghampiri duri yang diumamakan sebagai larangan Allah itu. Kita tidak akan menghampiri atau memijaki duri bukan? Maka jika kita juga yang mana sekadar hamba ini berhati-hati dan berjaga-jaga dalam menjauhi larangan Allah, itulah analoginya kita dalam bertaqwa.
            Apa pula kebaikan kita jika kita menyimpan taqwa itu dan semat dalam diri dan hati? Renung ini pula. “Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal”.  Surah Al-Baqarah ayat 197. Nah~ Jelas bukan?
            Nah~ Harus diingat juga Ramadhan bukan kita sekadar beramal semata-lalu tetapi meninggalkan segala amal ketika Ramadhan berlalu pergi. Ramadhan adalah medan kita untuk memperbaiki taqwa kita kepada Allah SWT. Ramadhan adalah hadiah daripada Allah SWT yang dalamnya terdapat ganjaran yang tersedia. Bukan hanya mengumpul segala pahala, memukal segala ganjaran yang Allah janjikan. Bukan bermaksud tidak boleh beramal dalam bulan Ramadhan. Ok. Cuba anda fikir jika puasa dan amal kita hanya sekadar pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila Ramadhan berlalu kita kembali kepada kemaksiatan semula semasa Ramadhan tiada dalam persekitaran kita. Adakah itu elok? Jadi, tentu anda boleh memikirkannya bukan?  Sekali lagi saya tegaskan dan ingatkan diri saya sendiri Ramadhan adalah medan tarbiah taqwa. Untuk bekalan istiqamah 11 bulan mendatang.
Ramadhan juga adalah satu perkara yang boleh kita umpamakan seperti titik permulaan baru atau titik perubahan bagi kita. Sebulan di bulan Ramadhan adalah medan tarbiah bagi kita. Bulan didikan. Mendidik nafsu agar kita tidak kecundang oleh kehendak nafsu. Puasa dapat mendidik untuk mengawal nafsu daripada nafsu makan dan minum,nafsu syawat dan menahan pancaindera lain daripada melakukan perkara-perkara mungkar seperti mengumpat,melihat benda yang tidak baik,mendengar bunyi-bunyi yang menglalaikan, menyentuh benda-benda yang diharamkan yang mana jika dilakukan puasa kita akan menjadi sia-sia sahaja.
            Daripada didikan-didikan bulan Ramadhan seharusnya memberi kesedaran yang lebih kepada kita. Yang sebelum ini lalai dengan duniawi dan sering melakukan perkara yang ditegah dalam agama insya-Allah boleh jadikan Ramadhan satu titik permulaan yang baru. Yang sebelum ini yang amalnya yang mana orang kata seperti “hangat-hangat tahi ayam” boleh jadikan Ramadhan satu titik perubahan agar kita istiqomah dalam amal yang kita lakukan.
            Berubahlah dan bertaubatlah seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 222 : “Sesungguhnya Allah menyintai orang yang banyak bertaubat,dan menyintai orang yang sentiasa menyucikan diri.”
            Teringat sebuah hadis yang mengatakan puasa boleh dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama adalah Rahmat. Fasa kedua adalah Keampunan. Dan fasa ketiga adalah dijauhkan daripada api neraka. Maka janganlah kita tergolong dalam orang-orang yang rugi yang tidak mendapat rahmat,keampunan dan didekatkan pula dengan api neraka. Janganlah menjauhi rahmat Allah yang banyak di bulan Ramadhan ini.
            “...dan janganlah  kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf ayat 87.
            Sebagai kesimpulan semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik kepada kita dan berazam pula tahun hadapan jika diizinkan sekali lagi mengucup Ramadhan kita akan lakukan yang terbaik lagi daripada Ramadhan kali ini.

Wallahu ‘alam..

Ramadhan satu medan tarbiah jiwa..
Sebulan sebagai aset istiqomah 11 bulan mendatang..
Menjadikan Ramadhan yang penuh makna..
Adakah kita kaut segala peluang?..






.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Coretan

Tetamu Q

Sesama Hamba