Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana limpah kurnia-Nya serta nikmat-nikmat yang diberikan saya masih mampu lagi terus hidup berpijak di bumi ini,masih mampu menghirup udara segar ciptaan-Nya,masih mampu merasai arusan air sungai ciptaan-Nya,dan paling utama masih mampu merasai nikmat Iman dan Islam. Betapa nikmat sebegitu amat tinggi nilainya jika dibandingkan pula kita ini yang hanya sekadar hamba. Hamba kerdil yang dicipta pula dari tanah yang hina lagi dina. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamaad SAW. Rasulullah dan kekasih Allah. Kerana perjuangan dakwah baginda lah kita pada ketika ini dan saat ini telah mengenal Islam itu sendiri. Di mana kita sendiri telah diselami jiwa Islam itu sendiri. Di mana kita sendiri telah mengambil Islam itu sebagai cara hidup kita sendiri.
SEKADAR HAMBA-rendahkanlah dirimu?? Tentu anda tertanya-tertanya kenapa blog peribadi diTEMAkan sebegitu rupa bukan?? Sebenarnya itulah diri saya,dan itu lah anda. Kita hanyalah sekadar hamba di muka bumi ini. Kita tidak lebih daripada itu. Kita bukannya seorang Raja yang disembah sedangkan ada lagi yang layak patut kita sembah. Kita bukan Wali yang patut diikuti segala amalannya sedangkan ada lagi yang layak kita ikuti amalanya. Blog ini memang blog peribadi, tetapi dalam penulisan untuk diri sendiri ianya juga berhubung langsung dengan hamba-hamba Allah yang cuma seperti saya iaitu sekadar hamba.
Saya bukan orang yang fasih dalam ilmu agama,bukan juga alim ulama untuk berbahas soal hukum agama,bukan juga ustaz untuk membetulkan kekilafan orang. Saya hanya sekadar hamba yang mempunyai ilmu yang sangat cetek jika dibandingkan dengan orang sekeliling saya. Dalam blog peribadi ini saya akan menyingkap soal diri sendiri di mana ada hubung kaitnya dengan orang di luar sana. Sekadar perkongsian yang sedikit InsyaALLAH mampu memperbaiki diri dan pembaca-pembaca <jika ada lah,hehe.. (n_n) > . Sama-sama mentarbiahkan diri kita..
Bersama menuju semarak arus perdana
Menjadi modal insan kelas pertama
0 ulasan:
Catat Ulasan