Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Sudah menjadi lumrah dan fitrah dalam kehidupan manusia, yakni dalam diri sendiri pasti setiap orang ingin kecemerlangan dalam hidup mereka. Mahu menjadi orang yang dapat berbakti kepada diri, keluarga,masyarakat,negara mahupun agama pada amnya. Jika kita tanya kepada adik-adik kita yang masih dibangku persekolahan,pasti mereka akan menjawab ingin seorang guru,polis,peguam,doctor. Itu jawapan biasa yang akan kita dengar dari mereka. Kerana itu adalah cita-cita seorang yang berjaya. Begitu juga jika kita tanya kepada rakan-rakan kita sering mendapat keputusan yang kurang baik di kelas. Pasti mereka pun akan menjawab ingin berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Kerana itu adalah cita-cita seorang yang berjaya. Malahan, golongan-golongan professional pun jika di tanya pasti mereka akan menjawap mahukan kejayaan yang lebih baik dari hari ini.Umumnya setiap hamba Allah SWT jika di tanya akan soalan yang sama pasti akan menjawab “of course lah, tentulah I nak jadi seorang yang berjaya, I kan perform,kita semua kena perform tau!” . Begitulah serba sedikit.
Namun,jika dilihat sekeliling kita. Ramai yang meletakkan harapan ataupun impian yang tinggi melangit. Impian tinggi melangit tetapi usaha cuma setinggi pokok kelapa sahaja. “Apalah kunun maksudnya tu?” (kunun : loghat Sabah iaitu konon) . Apa yang dapat dilihat disini, “yalah bah, sudah tu impian tinggi macam langit,ndak lah kau kesampaian tu sampai langit kalau usaha kau setinggi pokok kelapa seja”. Anda faham bukan? Nah.. Begitu lah manusia. cita-cita yang besar tidak sekecil usaha yang ciput. Impian dibina tapi tiada sebarang perubahan dilakukan. Perubahan perlu dilakukan dahulu. Mengenalpasti mana penghalangnya yang menghalangi segala usaha. Jika sudah dikenalpasti barulah usaha untuk menggapai kecemerlangan diri.
Begitu juga dalam konteks kita sebagai orang Islam. Selalunya manusia tidak sedar akan bermacam dugaan yang mendatang yang akan menguji keimanan kita dalam proses kita perbaiki diri untuk mencapai kecemerlangan diri. Kita ingin berubah dari semasa ke semasa daripada diri kita sekarang ini menjadi lebih baik lagi. Dalam soal agama, berubudiyyah kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan, meninggalkan larangan-NYA, meningkatkan rasa cinta kepada Allah SWT dan kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Semua itu perlukan perubahan. Jika kita tidak seperi itu. Berubah lah agar jadi seperti itu. Bila mana kita telah usaha untuk berubah dan berazam untuk melaksanakan. Berserahlah dan bertawakallah kepada Allah SWT. Allah telah berfirman dalam Al-Quran “faiza’azamta fatawakkal ‘allallah” yang bermaksud apabila kamu berazam bertawakallah kamu kepada Allah. (Surah Ali ‘Imran : 159). Lihat, apa yang kita hendak lakukan dan telah berusaha kearah itu kita bertawakallah kepada Allah.
Mudah-mudah usaha kita untuk berubah menjadi yang lebih berjaya dari diri kita ketika ini dipermudahkan-NYA. Segala perubahan perlu bermula dari satu kesedaran. Apabila satu kesedaran itu sudah ada. Pasti dan jelas jalan untuk berubah itu pun sudah ada mengiringi kesedaran itu. Kita tidak tahu apa penghalang yang tiba dalam usaha perubahan kita. Ketahui lah pula penghalang itu adalah ujian-NYA. Jika ujian dan musibah itu telah datang. Bersabarlah. Kerana sabar itu indah jika di amatinya.
Akhir kata, kejayaan dunia dan akhirat terletak pada perubahan ketika ini. Satu perubahan mendorong kepada usaha untuk menjadi insan yang cemerlang dan berjaya. Itu lah pendorong untuk berjaya walau apa jua aspek. Dari aspek sebagai hamba Allah SWT,usahawan,pendidik,pembela masyarakat, mahupun sebagai pelajar dan mahasiswa. Dan harus diingat segala perubahan untuk berjaya harus dimulakan dari hati.
Apakah kamu ingat berjaya itu mudah digapai..
Tanpa usaha untuk perbaiki diri..
Yang hadir dari kesedaran dalam hati..
Dalam mencari redha Ilahi..
0 ulasan:
Catat Ulasan