Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Satu tahun. Tidak sampai setahun pun kiranya. Masa yang agak singkat jika dihitung menggunakan jari. Yalah, SATU je kan. Namun walaupun hanya setahun tetapi cukup bermakna bagi diri ini, mahupun bagi sesiapa pun. Hampir setahun saya menghabiskan di suatu tempat yang letaknya di sebuah pulau yang cukup indah. Sebuah pulau yang cantik akan keindahannya,sebuah pulau mendatangkan rezeki buat penghuninya,sebuah pulau yang menyaksikan kebesaran Allah akan ciptaan-NYA. Letaknya di siring-siring Sabah. Namun apa yang saya hendak ceritakan adalah suatu tempat yang mempunyai suasana tarbiah islamiah yang cukup cukup cukup pasti suasana tarbiah islamiahnya. Seumur hidup saya, ketika bera da di tempat itu. Tempat itulah yang banyak mengajar saya tentang kesyumulan Islam itu sendiri. Banyak perkara yang saya dapat lihat dan saya pelajarinya di situ. Semuanya dari suasana tarbiah yang ada di situ. Mana tidaknya, sebelum ini yakni sebelum saya menapakkan kaki di situ saya mengenal Islam itu hanya Islam. Hanya tahu rukun Islam, dan beberapa hal sahaja mengenai Islam itu. Bila saya berada di tempat itu, baru lah saya tahu betapa Islam itu luas sebenarnya. Cukup digambarkan Islam boleh berada di mana-mana sudut sekali pun. Dalam apa jua cara, dalam apa jua keadaan dan suasana. Semuanya lengkap tiada pula cacatnya. Tempat itu banyak mendidik saya akan pelbagai hal. Saya kenal Islam itu lebih dari yang saya faham sebelum ini. Saya kenal dakwah itu bukan alim ulama’ sahaja yang boleh menyerukan. Sedangkan kita walaupun sepotong ayat pun boleh menyampaikan. Saya kenal tarbiah islamiah itu harus berjalan seiring dengan masa dalam kehidupan kita Saya kenal akan kepentingan dan tanggungjawab sebenar dalam menjadi seorang hamba Allah. Semuanya hasil suasana tarbiah islamiah di tempat itu. Tempat itu terletak di Kolej Matrikulasi Labuan. Jalan OKK Daud. Wilayah Persekutuan Labuan. Tempat itu adalah Surau Al-Irfan.
Surau Al-Irfan? Semua penghuni Kolej Matriklasi Labuan amat mengetahuinya. Terletak di tengah-tengah kolej. Menjadi pertengahan perjalanan saya dari dorm ke kuliah, ke Café A untuk mencari makan(kadang-kadanglah..hehe..). DI Al-Irfan terdapat proses tarbiah yang saya rasa cukup mendidik jiwa yang menjejakkan kaki di situ. Suasana ukhuwahfillah yang terbina di rumah Allah. Cukup indah jika dikenangkan.
Sudah semestinya mana-mana surau pasti ada ceramah. Begitu juga di Al-Irfan . Minggu pertama saya berada di situ pun sudah ada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairil Azuar. Pada ketika itu, ceramah beliau antaranya tanggungjawab kepada ibu bapa. Walaupun jauh kerana berada di sebuah pulau (^^) . Namun tanggungjawab kepada ibu bapa harus dipegang selalu. Tidak lupa juga tanggungjawab kepada Allah.
Masa terus berlalu. Pada awal di Al-Irfan banyak program yang dijalankan yang pada pandangan saya sebenar itu adalah medan merapatkan ukhwah antara penyeria Al-Irfan. Pada ketika itu, adanya Majlis Perlantikan MT dan ME,gotong-rotong perdana,rehlah,berusrah,tazkirah yang disampaikan sendiri secara bergilir-gilir oleh penyimarak Al-Irfan dan bermacam-macam lagi sehingga saya dah terlupa. Hehe.. Namun semua itu tetap akan menjadi kenangan dalam hidup ini. Terdapat juga kuliah-kuliah agama selepas waktu magrib yang disampaikan oleh ustaz dalaman mahupun yang dijemput dari luar.
Setahun di Al-Irfan banyak program yang diadakan. Antara yang paling gempak sekali adalah Minggu Penghayatan Islam. Di mana program ini julung-julung kalinya dibuka secara terbuka kepada seluruh warga Labuan. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya pertandingan Tilawah Al-Quran, pertandingan Hafazan, pertandingan Nasyid, dan bermacam-macam aktiviti dan pengisian lain. Tidak lupa juga dalam suasana menyambut bulan Ramadhan bersama,menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama, Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan lain-lain lagi.
Kebersamaan dalam suasana semua itulah tarbiah mendekatkan diri kepada Allah,mengamalkan deen-NYA kerana semua itu adalah aturan-NYA. Apa pun aktiviti dan program yang ada itu lah tarbiah yang saya lihat. Yang saya ambil. Dan pegang ia agar tidak terlepas lagi. Tarbiah dari pelbagai sudut. Dalam hubungan kita kepada Allah, dalam menuntut ilmu, dalam bersahabat,dalam tanggungjawab kita sebagai hamba Allah,dalam menjalankan kehidupan seharian,dalam apa jua sudut. Semuanya ditutupi dengan selengkapnya. Tiada sedikit pun rongga yang ada.
Suasana tarbiah itu lah yang mendidik jiwa ini. Jujur saya katakan. Itu lah pengenalan bagi saya. Pengenalan yang amat saya syukuri kerana Allah telah memberi peluang pada diri ini merasai. Merasai suasana pun ada didikanya. Tidak hanya ia berlalu begitu sahaja. Ada manfaatnya. Walau sedikit cuma namun tetap berharga. Bagi insan yang memerlukannya. Al-Irfan… sangat istimewa. Bagi sesiapa yang datang dengan hati yang terbuka dan membukakan hatinya untuk diisi untuk hatinya terasa terisi.
Tidakkah kamu terfikir sedikit pun..
Setiap perkara dan suasana ada didikan..
Tarbiah untuk diri..
Mengisi segala kekosongan hati..
0 ulasan:
Catat Ulasan