Kau Yang Jauh Sahabat

Isnin, 23 Januari 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim



            Pintu separuh terbuka diketuk. Tok. Tok. Tok. “Assalamu’alaikum cikgu?”
Cikgu Rahman mendongak sedikit dan melihat ke arah ucapan salam tadi di beri. Jari telunjuk menekan sedikit pertengahan bingkai cermin mata yang berbingkai kebiruan kristal. “Wa’alaikumussalam. Eh, Umar! Jempulah masuk.”
“Baik cikgu. Terima kasih cikgu.”
“Ada apa kamu datang melawat cikgu ni? Rindu kee?” Kening di angkat-angkat.
Umar mencemik. Bahu terangkat. “cikgu, take it serious ok!” Hahahaha. Mereka berdua ketawa bersama. “Bukan apa cikgu,ada beberapa soalan yang saya nak tanya ni.”
“Ooo. Malaslah cikgu nak tunjukkan.” Hehehe. Cikgu Rahman berseloroh. Umar hanya tersengih. “Baiklah,apa benda yang kamu nak tanyakan ni?”
“Ini cikgu.”

********

Petang itu kelihatan sekumpulan pelajar sedang bermain bola sepak di padang bersebelahan dengan kelas 5 Wawasan. Namun padang dapat dilihat dari dalam kelas 5 Wawasan. Terdapat dua orang pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di kelas itu. Namun jarak antara mereka dipisahkan kira-kira lima buah meja.
“Arrrrgggg… Tension lah kalau asyik macam ni saja. Naik bengang aku.” Dua belah tangan digenggam. Meja dihentak sekuat hati. Rasa geram. Rasa marah. Muka kemerahan menahan amarah.
            Marzuqi terkejut. Bahunya terangkat sedikit tanda terkejut. Mata menajam ke arah Umar.  Marzuqi berdiri dari tempat duduknya. Kerusi sedikit tergerak ke belakang kesan lutut yang luruskan. Lalu berjalan ke arah Umar. Tangan kanan diletakkan di bahu Umar.  “Eh.. Kenapa ni Umar? Kau ok kee?”
            “Macam-macam dah aku buat ni Mar. Tapi apa-apa pun tak masuk dalam kepala otak aku ni. Buat berkali-kali. Minta tunjuk ajar guru. Tak juga dapat-dapat. Semacam susah ilmu-ilmu ni nak masuk tau. Aku gelisah tau tak. Gelisah sangat.”
            “Istifar sahabat. Cuba tenangkan hati tu. Minta Allah permudahkan. Insya-Allah. Allah akan bantu.”
            “Tapi Mar. Macam mana Allah nak bantu aku? Aku solat pun kadang-kadang je.”
            Senyum Marzuqi menguntum. Dua belah mata dikedip-kedip. Kerana “kau yang jauh sahabat.”

*******

            Melihat situasi di atas,kita dapat lihat seorang pelajar yang agak resah dengan akademiknya yang tidak teratur. Walaupun pelbagai cara yang telah dia lakukan namun masih dalam kebuntuan. Apa puncanya? Apa sebabnya? Ya. Benar kata Marzuqi. “kau yang jauh sahabat”. Jauh dari apa? Jauh dari siapa? Jawapannya jauh dari Allah SWT.
       
     Dalam situasi lain pula. Orang di luar sana dan mungkin diri saya sendiri selalu mengatakan rasa gelisah. Kegundahan hati melanda akibat ujian yang tak sudah-sudah. Tiada kesenangan dalam apa jua perbuatan. Tiada ketenangan dalam segala pemikiran. Keresahan dalam meniti liku-liku kehidupan. Sebenarnya, apa yang boleh dikatakan ini lah lumrah kehidupan dimana kita bergelar sebagai hamba Allah. Semua orang akan menghadapi masalah seperti ini malah mungkin lebih lagi. Seperti yang dikatakan tadi ini lah lumrahnya. Namun setiap yang melalui berbeza sebab dan puncanya. Ada yang disebabkan ini. Ada yang disebabkan itu. Semuanya 1001 sebab dari 1001 situasi. Namun ada sebab yang mungkin setiap orang yang melalui pasti sama sebabnya. Apa dia? Nak tahu? Lu  piki ah sendiri.. Hehe.. Gurau je.. Peace~ (n_n) Ya. Satu sebab  yang sama dimana keresahan dan kegundahan itu selalu mengiringi kita. Apa dia sahabat? Ya itu lah.. “kau yang jauh sahabat”. Jauh dari apa? Jauh dari siapa? Jawapannya jauh dari Allah SWT.

            Ketenangan jiwa hanya akan mampu didapati dengan merapati sumbernya. Yakni pencipta kepada ketenangan itu sendiri. Dan pencipta kepada jiwa itu sendiri. Mujur untuk kita pencipta kepada kedua-dua elemen itu adalah sama. Iaitu Allah SWT.
“Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman”. Sebahagian ayat 26 dari Surah At-Taubah.

            Kunci kelapangan dalam kehidupan. Ketabahan dalam menghadapi musibah. Ketenangan dalam menyelesaikan masalah tidak lain tidak bukan adalah dengan mendekati Allah SWT. Bagi orang yang melihat ke dalam perkara mendekati Allah ini. Dia akan mengubah pandangannya dan merasakan bahawa sememangnya inilah dia jalan penyelesaian yang sebenar untuk menjadikan kehidupannya satu kehidupan yang tenteram dan bermakna.

           Kita akan faham jika kita dekati Allah sahabat. Benda ini, tak akan difahami oleh orang yang tidak mencuba. Tetapi bagi orang yang telah menjalani proses mendekati Allah dengan sebenarnya ini pasti akan memahaminya. Inilah dia ubat hakiki. Ubat kepada segala masalah hati. Kegundahan hati melanda akibat ujian yang tak sudah-sudah. Tiada kesenangan dalam apa jua perbuatan. Tiada ketenangan dalam segala pemikiran. Keresahan dalam meniti liku-liku kehidupan. Pasti akan diubati dengan oleh ubat yang hakiki. Yakni mendekati Allah SWT. Mendekati Allah tidak rugi. Sama-sama kita beringat dan saya sendiri mengingati diri saya sendiri. Saya mencari sesuatu untuk di sampaikan sebagai selingan untuk peringatan diri juga.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

Wallahu ‘alam..



Hati-hati insan pasti akan bisa..
Terasa tenteram dan bahagia..
Tiada pula resah dan gunda..
Apabila diri mendekati-Nya..




           


           

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Coretan

Tetamu Q

Sesama Hamba