Tembok Biru

Isnin, 23 Januari 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim



Suasana angin sepoi-sepoi bahasa. Angin bertiup bergoyangkan rimbun dan pohon yang ada. Daun-daun kering bergerak mengikut arah tiupan angin. Terdengar kicauan burung berterbangan di udara. Setiap platun kadet polis sedang menunggu giliran masing untuk diarah memulakan misi. Semuanya tampak serius menanti. Berdiri dalam keadaan biasa. Tangan disimpul di bahagian belakang badan. Namun tetap seragam. Seolah pancaragam.
Squad 5.” Seorang pegawai polis elit berpangkat koperal. Tanda putih dua baris melekatkan di bahu bersuara.
Seorang ketua platun. Berpangkat sarjan kadet polis. Bernama Razali. Razali tersentap. Namun masih peka. Lantas mengeluarkan arahan formasi kawat kaki seperti biasa. “Squad.. Squad sedia..” Semua ahli platun seramai 10 orang sahaja mengangkat  kaki kiri sehingga paras 45 darjah dan merapatkan ke kaki kanan. Tangan dengan pantas dilurukan ke bahagian sisi badan. Seragam semua. “Squad..lari” Razali mengeluarkan arahan dan bersama semua ahli platun berlari dalam keadaan seragam.
Misi yang perlu diselesaikan setiap platun tidak lah sukar mana. Hanya berlari dalam platun dan sentiasa seragam. Namun begitu, mereka terpaksa berlari menaiki bukit. Keadaan permukaan tanah pula agak tidak rata. Terdapat gompolan batu-batu besar. Terdapat juga lubang-lubang menambah kesukaran untuk berlari. Belum ditambah dengan tanah merah yang pastinya meliat pada kasut jika dipijak.
Mereka terus berlari dalam kumpulan. Bersemangat. Sambil menyanyi lagu ‘gemuruh’ nyanyian Faizal Tahir. Dalam bersemangat mereka berlari. Tersentap mereka melihat satu tembok yang menghalang perjalanan misi mereka. Tembok tersebut setinggi 13 kaki. Susunan batu-bata namun tidak tersusun. Berwarna biru. Namun warna kelihatan pudar dan merekah kerana mungkin sudah agak lama tembok tersebut. Mereka ahli platun berhenti secara tiba-tiba. Tanpa arahan. Ketua platun tidak mengendahkan lagi prinsip keseragaman dalam platun larian kawat. Semuanya berselerakan menuju ke setiap penjuru kawasan tersebut mencari ruang-ruang jalan yang boleh dilalui.
“Aduh bro!” Pasai pa pulak tembok ni dok terpacak kat sini? Ni lagu mana nak lalu ni?” Badrul mengeluh. Seorang ahli platun bersuara berloghatkan bahasa negeri Kedah. Tangan kanan menapak di dahi.
Razali mendepakan tangan lalu menaikkan ke atas. “Baiklah rakan-rakan. Nampak gayanya kita terpaksa patah balik ke tempat permulaan kita tadi. Mereka semua pun berarak bersama-sama pulang.
Setibanya mereka semua di tempat di tuju tadi. Pegawai polis elit tadi hanya tersenyum. Memang sudah dijangka perkara ini akan terjadi. Skuad 5 ini adalah pesera terakhir. Namun kesemua platun gagal dalam misi yang diberi.
Sesudah itu mereka semua dikumpulkan di suatu tempat redup. Pegawai polis tadi membentangkan tujuan misi tersebut. Pegawai polis elit itu berkata “saya tertunggu-tunggu mana-mana platun yang berjaya melalui tembok tinggi itu dan pulang melalui lorong di belakang ini. Namun saya hampa dengan kamu semua.” Semua ahli platun menundukkan kepala.

*******

Seperti biasa, sebelum beralih kepada topik saya lebih gemar selitkan cerita-cerita pendek yang saya reka sendiri untuk menyinambungkan dengan topik yang akan diutarakan. Kita dapat lihat dalam cerita di atas pada penghujung cerita sepasukan kadet polis skuad ke-5 telah gagal dalam misi mereka. Begitu juga dengan pasukan yang lain. Apa yang menghalang mereka dari teruskan misi mereka? Apa? Tidak dengar lah.. Hehe.. Ya benar. Tembok biru itu. Tembok biru itulah yang menjadi penghalang. Tapi kenapa kita mesti fikir ianya sebagai satu penghalang. Nah.. terbuka sedikit minda kita?
Cuba kita terbalikkan situasi. Penghalang sebagai satu cabaran. Cabaran yang mendorong kita. Mendorong dalam usaha mengharungi cabaran tersebut. Jadikan penghalang itu sebagai kekuatan untuk terus berjalan. Ok. Dalam cerita di atas. Apa cara yang boleh di ambil untuk melimpasi tembok setinggi 13 kaki. Nah.. Jika seorang sahaja memanglah tiada yang mampu. Tapi sudah dalam berkumpulan. Kenapa tidak gunakan sahaja ahli-ahli kumpulan untuk bersama melimpasi tembok itu. Ok. Sebagai contoh, boleh sahaja ahli-ahli platun membuat tangga manusia dan dengan mudah sahaja tembok itu akan dilimpasi. 
Begitu juga dengan apa jua penghalang dalam kehidupan seharian kita ini. Apa kata kita twist sedikit minda kita ini berfikir bagaimana untuk merobohkan segala penghalang di hadapan mata. Sering melakukan dosa, tidak mematuhi segala perintah Allah SWT, menzalimi hati sendiri, rasa takut akan kegagalan, terlalu mengharap kejayaan, taksub kepada sesuatu, takut tidak berjaya dalam hidup, itu semua adalah penghalang diri sebenarnya. Carilah solusi yang mudah dan mesra hati. Maksudnya disini,sesuatu yang kita mudah lakukan untuk melimpasi penghalang kita.
Seorang muslim yang yakin kepada Rabbnya yakni Allah SWT, hidupnya akan sentiasa mengharap keredhaan Allah. Kita jangan sesekali merasakan suatu penghalang itu satu perkara yang melusuhkan semangat kita. Jadikanlah penghalang itu satu perhentian untuk kita bermuhasabah diri kita kembali betapa kita sentiasa memerlukan pertolongan Allah SWT. Sentiasa berusaha dan gigih dalam melakukan apa jua. Baik dari sudut duniawi mahupun ukhrawi. Insya-Allah apa yang kita usahakan pasti akan mendapat habuannya.
Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 105 yang bermaksud Dan Katakanlah: "Bekerjalah(berusaha) kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
Namun begitu betapa ramai juga orang yang sering kecundangan apabila melihat penghalang di hadapan mata. Malah ramai yang merelakan pula dan membiarkan sahaja. “Ibarat melepaskan batuk di tangga”. Mereka hanya mengambil jalan pintas dengan tidak melakukan apa-apa. Allah dan Rasul-nya sentiasa mendorong orang-orang mukmin agar sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa. Ini amat penting untuk kita melalui perjalanan hidup dengan pelbagai cabaran dan mehnah. Jika kita mudah berputus ada ibaratlah juga kita ini seperti kapal layar yang patah layarnya. Hanya akan terumbang-ambing ditiup oleh angin semata. Kalau kita? Bukan ditiup oleh angin tetapi ditiup dengan suasana dan situasi. Makanya, apa pun jua penghalang mahupun dugaan yang mendatang haruslah kita jangan mudah berputus asa.  
Sebahagian firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87. “Janganlah kamu sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Tiadalah yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang kafir.”  
   Al-Dhalak r.a berkata : “Barang siapa yang tidak diuji setiap 40 hari dengan suatu bala,kedukaan atau musibah,maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.”
Nah.. Sekarang? Apa yang perlu kita lakukan bila berhadapan dengan tembok biru kita? Ya.. Tembok biru kita itu lah adalah penghalang kita. Penghalang dalam apa jua hasrat yang kita ingin tuju dan impi. Namun apalah sangat tembok biru itu berbanding akal dan hati kita yang dicipta cukup cukup cukup pasti sempurna. Cumanya kita yang tidak menggunakannya.

Wallahu ‘alam...


Tembok biru itu bukan penghalang jalanmu...
Tembok biru itu bukan penghenti jejakmu...
Tetapi tembok biru sebagai perhentianmu...
Untuk diri mu melonjak mencapai citamu...




0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Coretan

Tetamu Q

Sesama Hamba