Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
“Aku tengok kau ni Bana seorang yang hebatlah,baik dari segi perwatakan,tutur kata mahupun personaliti kau yang disenangi ramai. Apa rahsia kau ah?” Soalan diajukan kepada Bananuddin.
“Bahi,tiada yang istimewa pun. Biasa je ni. Mungkin itu yang Allah kurniakan kepada aku. Tiadalah semua itu dari diri sendiri melainkan dari-Nya.” Bananuddin memberi jawapan simple sambil meletakkan tanganya di bahu Bahiran. Bahiran focus mendengarnya.
“Aku sebenarnya,teringin nak jadi macam kau. Yalah,kau ni macam ustaz dah kat sekolah ni. Selalu mengajak kearah kebaikan. Selalu beri tazkirah untuk teman-teman kita baik selepas solat berjemaah di surau mahupun secara tidak langsung di waktu pembelajaran.”
“Ish, kau ni Bahi!! Itu pula yang menjadi persoalan. Apalah sangat yang aku lakukan itu. Cuma sedikit sahaja perkongsian. Sebenarnya untuk menyeru kepada kebaikan sesiapa pun boleh. Termasuk kau.”
“Ahh? Termasuk aku? Gila kah?”
“Bahi,kau pernah makan kasut masak lemak cili api tak?
Dua sahabat ini tergelak bersama. Gurauan seperti ini sudah biasa meniti di bibir mereka.
“Tapi Bana,aku ni pemalu lah. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan orang ramai. Mau terjatuh gantung aku kalau berada dalam situasi begitu.
“Kalau terjatuh gantung kau nanti kita naikkan semula,ok? Perli Bananuddin.
“Aku cabut juga gigi kau tu Bana.”
Sekali lagi mereka tertawa.
“Sebenarnya Bahi tak kira siapa pun layak mengajak kepada kebaikan. Cumanya terpulang kepada alternativ dan cara kita sendiri. Mungkin cara aku begini dan mungkin cara kau pun berlainan dari aku. Aku Cuma guna apa yang Allah beri kepada aku. Kurniaan kelebihan yang Allah beri pada aku. Kalau kau mahu mengajak orang kepada kebaikan. Gunakanlah kelebihan yang ada pada kau tu. Aku tengok kau ni minat blogging dan penulisan kreatif. Apa salah gunakan minat kau tu untuk jadikan medan seruan untuk kau mengajak orang kepada kebaikan. Tidak semestinya hendak sampaikan sesesuatu itu kita perlu petah berkata-kata. Ingat Bahi nak menyampaikan ada pelbagai cara. Medan seruan itu luas. Tidaklah ia terpompong dalam satu jalan sahaja. Bahiran namamu bermaksud ‘cemerlang’. Kau harus cemerlang dalam apa jua kelebihan yang ada pada kau Bahi untuk realisasikan hasrat mulia kau tu.”
“Wah,kalau diberi peluang bercakap macam belungkas jadinya kau ni Bana.”
“Haa.. Jangan sampai aku rebuskan kau belungkas tu beri makan kat kau ya?”
“Hahahahaha.” Mereka ketawa mesra.
Lihat dialog antara Bananuddin dan Bahiran di atas. Apa yang anda boleh tafsirkan? Apa yang anda boleh conclude-kan? Mungkin ada antara anda yang mengalami masalah seperti Bahiran. Ok. Sekarang mari kita bahaskan satu persatu.
Jika kita hendak tunggu kita sampai petah berkata-kata baru nak mengajak kepada kebaikan ataupun berdakwah. Nak tunggu sampai kita jadi seorang yang berani. Nak tunggu kita sampai jadi sempurna peribadi. Nak tunggu sampai tiada apa sebarang halangan yang mendatang. Bila lagi kita hendak bertindak untuk menyeru orang kepada kebaikan?? Itu persoalannya.
Ramai yang akan berkata “eh,aku ni belum sempurnalah. Macam mana nak mengajak orang kepada kebaikan.” , “hurm. I ni takutlah nak ajak orang buat baik. Diri I sendiri pun bukannya baik sangat.” , “alah,aku ni jahil lah. Tak sesuai nak mengajak orang buat baik.”
Jika sifat tunggu dan tunggu,nanti-nanti lah itu masih lagi bergelumang dalam diri sampai bila-bila pun tiada pembaharuan dalam diri. Jika berterusan seperti ini tiada usaha segala gerak kerja pasti akan terkubur dek hasrat semata-mata. Dan hanya tinggal fantasi cuma. Jika di lihat soal “bila nak sempurna”. Sudah menjadi fitrah manusia tiada yang sempurna. Pasti ada kelemahan masing-masing. Jika ada kelemahan pasti pula ada kelebihan. Jadi apa salah kita gunakan kelebihan itu kepada arah kebaikan. Dan jadikan kelemahan itu sebagai pencetus kelebihan.
Usah terlalu memikirkan soal “aku nak perbaiki diri dulu lah baru aku usaha untuk ajak orang buat baik.” Apa kata kita ubah persepsi itu seperti ini “aku akan ajak orang buat baik SAMBIL aku perbaiki diri aku sendiri.” Nah.. Nampak tak? Bukannya susah pun. Sesuatu yang negatif boleh sahaja kita ubah kepada positif. Kita tidaklah perlu merasa rendah diri segala kekurangan yang ada pada kita. Iman itu pun ada turun naiknya. Tidaklah Iman itu selalu berada di atas. Dan tidak pula ia akan selalu di bawah. Jika kita hendak menyeru orang kepada kebaikan biarlah dari bawah dan sedikit. Rasulullah bersabda : sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.” Jelas bukan?? Sepotong ayat yang kita sampaikan kepada orang pun sudah kita boleh dilabel sebagai penyeru kebaikan. Walau sepotong ayat pun ia amat dituntut untuk kita menyampai untuk orang mengetahuinya.
Bagaimana untuk menyeru dengan kelebihan dan minat yang ada pada kita??
Mudah sahaja. Jangan terlalu kalut memikirkan ketidakbolehan kita itu. Gunakan sahaja apa yang ada pada diri kita untuk kita gerakkan diri mengajak orang kepada kebaikan. Jadikan semua itu sebagai medan seruan kita. Ok. Sebagai contoh, kita ambil kelebihan yang ada pada Bahiran dalam dialog di atas. Kata Bananuddin, Bahi seorang yang minat dalam penulisan dan blogging. Boleh saja kelebihan itu kita jadikan wasilah untuk kita menyampaikan sesuatu. Mungkin Bahi boleh membuat sendiri artikelnya dan di post ke dalam blog.
Tetapi artikel yang ditulis mestilah dihubungkaitkan dengan Allah. Penulisan yang ada mesej dan pengajaran dalamnya pasti akan membekas walaupun sedikit di hati pembaca kelak. Banyak lagi yang boleh dilakukan. Contohnya penulisan cerpen dan puisi. Bahi boleh selitkan unsur-unsur akidah dan ibadah dalam penulisannya itu. Supaya pembaca kelak akan memahami apa yang Bahi cuba sampaikan. Tetapi harus diingat dalam penulisan blog perlu konsisten supaya pembaca tidak bosan dan tertunggu-tunggu untuk menantikan perkongsian seterusnya.
Kita pun sedia maklum dewasa ini ramai individu gemar untuk membaca blog sahabat-sahabat mahupun orang-orang lain. Jika perlu, setiap orang pun mahu ada blog sendiri sebagai perkongsian masing-masing. Itulah trend masa kini. Namun demikian jangan lah kita jadikan itu sekadar trend semata-mata. Jadikanlah ia sebagai wasilah untuk kita berdakwah. Contoh paling baik kita dapat lihat seperti blog “iluvislam” yang menjadi santapan rohani maya buat masyarakat. Tidak kira tua muda semuanya mengetahui hal rasaya.
Mungkin ini adalah medan seruan yang boleh disarankan buat Bahiran atas kelebihan dalam minatnya.
Anda pula bagaimana? Kelebihan anda apa? Minat anda pula? Ke mana semua itu anda salurkan? Ke arah kebaikan atau tidak?
Apa medan anda? Majistret? Lawyer? Ahli musik? hehe.. (n_n) . Semuanya boleh dijalankan sebagai wasilah untuk kita menyampaikan sesuatu.
Apa medan anda? Majistret? Lawyer? Ahli musik? hehe.. (n_n) . Semuanya boleh dijalankan sebagai wasilah untuk kita menyampaikan sesuatu.
Apa-apa pun anda pasti ada medan seruan masing-masing. Gunakanlah sebaik mungkin. Jangan terpompong dengan kelebihan yang pada orang lain. Jadi diri sendiri lagi mudah. Bukan begitu??
“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya” (Surah Al-Mu’minun : 61)
Wallahu ‘alam..
Jangan dilihat kaca..
Tidak setanding intan permata..
Seburuk-buruk kaca..
Pasti ada kegunaannya..
Jangan dilihat kaca..
Tidak setanding intan permata..
Seburuk-buruk kaca..
Pasti ada kegunaannya..
0 ulasan:
Catat Ulasan